17 January 2010

Aku mahu jadi yg terbaik...

alhamdulillah wa 'amma ba'du....

Setiap manusia mahu jadi yg terbaik.. terbaik utk dirinya.. untuk orang yg disayanginya... dan semua yg berada dekat mahupun yg jauh darinya...

Aku mahu menjadi yang terbaik..jadi anak yang terbaik, isteri yg terbaik, menantu yang terbaik, kakak yang terbaik, adik yang terbaik, sahabat yang terbaik, cikgu yang terbaik dan hambaNya yang terbaik...

Walau siapa, kegembiraan mereka adalah kegembiraan dan kebahagiaanku. Sejak dari dulu, itulah aku, begitulah aku... Hati ini terasa sangat puas bilamana melihat insan-insan yang ku sayangi gembira. Kepuasan itu kebahagiaan yang tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Aku dikelilingi dgn segala yg indah..Keluarga yang tak pernah merasa jauh dariku..kawan-kawan yg tak pernah lekang dari suara2 nakal memanggilku...Hanya Dia yg mampu mentafsirkan apa yg ku rasa... Ya Allah, Kau limpahkanlah segala yg terbaik untuk mereka yg sentiasa membuat aku bahagia, tertawa..

Bila aku rasa aku bukan yang terbaik, ketahuilah bahawa aku sedang mencuba untuk itu. Menjadi yang terbaik....hanya yg terbaik...

Aku akan sentiasa cuba menjadi yang terbaik... Ya Allah.. hanya Kau tahu apa yg ku mahu.... berilah padaku yang terbaik..


No comments:

Post a Comment